CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 6, 2013

Aura Hari Raya 2013 - Post Julie and Julia

6 Ogos 2013 hari Selasa. Ofis lengang je sebab semua dah balik kampung. Huhuhu. Untung la pada yang ada kampung. Disebabkan hari ni tak ada seorang umat pon kat dalam ofis ni (kecuali 2 orang student practical yang terlampau la rajin x apply cuti), so aku dok menggodek2 website cari resipi kononnya nak masak and buat kuih tuk petang ni. Rajinya akuuuu. hahahah. Bukak blog itu, bukak blog ini...sumanya post resepi-resepi yang mcm2 rupe ada. tengah puasa ni mmg terliaur la tgk gambar2nya ha.

So hari ni aku dapat kumpulkan 11 resepi campur2..desert, kuih raya dengan lauk tuk berbuka. Rasa macam Julie and Julia plak. Ha...korang pernah tgk x movie Julie and Julia? Pada yang suka masak, mst pernah tgk kan movie ni. And pada yang belum pernah tgk, tapi suka masak...mmg suggest sgt tgk cerita ni. Bukan sebab ada resepi and cara-cara memasak dalam tu...tp boleh inspired women out there tuk memasak dan jangan putus asa.

Ok...a simple synopsis about this movie:

Pelakon cerita ni Meryl Streep as Julia Child dan Amy Adams as Julie Powell(suka sangat dgn Amy Adams ni sbb muka dia innocent dan suara dia bila nyanyi...hebat). Kisah dia tentang si Julie, seorang blogger ni yang terlalu obses dengan hasil masakan dari Julia, seorang chef yang menerbitkan buku Mastering the Art of French Cooking. Julie ni seorang wanita yang bekerja tetapi minat sangat memasak. jadi dia cabar diri dia sendiri untuk memasak 100 jenis resepi dari buku Julia (tak ingat bape lama dia set hari tuk habiskan 100 jenis resepi tu) dan dia namakan sebagai Julie/Julia Project. Julia pula seorang wanita rakyat USA tetapi terpaksa berpindah ke Perancis pada tahun 1948 sebab kene follow suami dia sebagai Duta kat sana. Sebab terlalu bosan dengan kehidupan sebagai isteri duta yang sibuk manjang, Julia pon ambil keputusan untuk belajar memasak masakan France di sebuah kelas yang terkenal kat sana. Kisah dua orang ni berkisar pada tahun yang berbeza. Julia pada tahun 40an, Julie plak pada era yang baru ni. So dapat ke Julie capai matlamat yang dia nak capai tu? Ha....kene la tgk movie tu ek. Pada sesapa ibu-ibu or kakak-kakak or even abang-abang kat luar sana nak tau, Wawa dah pernah cuba beberapa jenis resepi Julia Child ni and resepi yang paling senang nak buat la kan, poached egg. Pergh! memang sedap. Bukak je youtube, cari Julia Child...ada la kat situ suma.

Ni la Julia Child
 Ni dapur Julia Child yang sangat terkenal tu


So...happy watching dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

0 comments: