CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 13, 2013

SELASA DI OFIS KU

Selasa 13 Ogos 2013

Selamat kembali ke tempat kerja!!!

Hahaha!!! Bahang Raya tengah ada lagi ni. Orang len suma dok pakat cuti sampai sambung sampai Khamis, aku plak rajin sangat start keje. So disebabkan ramai lagi yang belum masuk keje, opis ni aku yang punya. MUahahahaahahaa!!!!

Sebenarnya bosan gak la dok kat ofis ni xda orang. Just ada aku ngn dua budak practikal je (yang mmg wajib bekerja tuk cukupkan hari Latihan Industri diorang tu). Memula macam heaven je xda orang nak dok tgk ape yang kta buat. Tapi bila dah masuk jam 12, mula dok tgk jam bilaa la nak sampai ke pukul 5. Bukan ape...perut ni dh berkeroncong sebenarnya. Just makan oat ngn susu plus roti je pagi tadi. Ingatkan kafe bukak, rupanya tutup sampai esok. Nak g keluar, malas plak walaupun kat luar tu x panas pon. So last2 decide dok je la kat opis ni dendiam men game. Hahahaha! Klau bos tau ni, mau rendah markah SKT. Hahaha.

Ok lah. Petang ni lepas je habis keje, plan nak pegi Maritim...nak jogging kat sana. Disebabkan dah 5 hari dok makan, tido, makan, tido je kat kampung, berat badan sekojap jo naik ha. 2 kilo terus nek. X boleh jadik ni. 2 minggu x training, cmni la jd ei. So hari ni kne struggle memecahkan lemak ek. Huhuhuhu! Nk kurus bukan men susah..tp nak gemok...sekejappppp je. Stress!!

So, masa dh time ni. Chow dulu ek. Tataaaaaa.

Tuesday, August 6, 2013

Aura Hari Raya 2013 - Post Julie and Julia

6 Ogos 2013 hari Selasa. Ofis lengang je sebab semua dah balik kampung. Huhuhu. Untung la pada yang ada kampung. Disebabkan hari ni tak ada seorang umat pon kat dalam ofis ni (kecuali 2 orang student practical yang terlampau la rajin x apply cuti), so aku dok menggodek2 website cari resipi kononnya nak masak and buat kuih tuk petang ni. Rajinya akuuuu. hahahah. Bukak blog itu, bukak blog ini...sumanya post resepi-resepi yang mcm2 rupe ada. tengah puasa ni mmg terliaur la tgk gambar2nya ha.

So hari ni aku dapat kumpulkan 11 resepi campur2..desert, kuih raya dengan lauk tuk berbuka. Rasa macam Julie and Julia plak. Ha...korang pernah tgk x movie Julie and Julia? Pada yang suka masak, mst pernah tgk kan movie ni. And pada yang belum pernah tgk, tapi suka masak...mmg suggest sgt tgk cerita ni. Bukan sebab ada resepi and cara-cara memasak dalam tu...tp boleh inspired women out there tuk memasak dan jangan putus asa.

Ok...a simple synopsis about this movie:

Pelakon cerita ni Meryl Streep as Julia Child dan Amy Adams as Julie Powell(suka sangat dgn Amy Adams ni sbb muka dia innocent dan suara dia bila nyanyi...hebat). Kisah dia tentang si Julie, seorang blogger ni yang terlalu obses dengan hasil masakan dari Julia, seorang chef yang menerbitkan buku Mastering the Art of French Cooking. Julie ni seorang wanita yang bekerja tetapi minat sangat memasak. jadi dia cabar diri dia sendiri untuk memasak 100 jenis resepi dari buku Julia (tak ingat bape lama dia set hari tuk habiskan 100 jenis resepi tu) dan dia namakan sebagai Julie/Julia Project. Julia pula seorang wanita rakyat USA tetapi terpaksa berpindah ke Perancis pada tahun 1948 sebab kene follow suami dia sebagai Duta kat sana. Sebab terlalu bosan dengan kehidupan sebagai isteri duta yang sibuk manjang, Julia pon ambil keputusan untuk belajar memasak masakan France di sebuah kelas yang terkenal kat sana. Kisah dua orang ni berkisar pada tahun yang berbeza. Julia pada tahun 40an, Julie plak pada era yang baru ni. So dapat ke Julie capai matlamat yang dia nak capai tu? Ha....kene la tgk movie tu ek. Pada sesapa ibu-ibu or kakak-kakak or even abang-abang kat luar sana nak tau, Wawa dah pernah cuba beberapa jenis resepi Julia Child ni and resepi yang paling senang nak buat la kan, poached egg. Pergh! memang sedap. Bukak je youtube, cari Julia Child...ada la kat situ suma.

Ni la Julia Child
 Ni dapur Julia Child yang sangat terkenal tu


So...happy watching dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.