CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 7, 2009

LOMBA PERAHU NAGA INTERNASIONAL TAHUN 2009 - PADANG INDONESIA




Salam siang semua. Hehehe...Wawa baru je balik dari Indonesia ari Isnin ari tu. Lambat sikit upload gambar sebab balik dari sana, badan terus tak sihat. Wawa pegi sana bukan sebab bercuti ek. Tapi ada game perahu kat sana.

Wawa pegi Padang, Indonesia hari Jumaat pagi pukul 7.00 31 Julai 2009. Semua orang sangat excited nak pegi Indonesia. 1st sebab nak cuba berlawan kat negara luar/negara orang, second sebab leh jalan-jalan tgk negara luar dari Malaysia. Ni 1st time Wawa pegi Indonesi. Ntah bila la lagi dapat pegi. Huhuhu...

Team Wawa pegi sana bawa nama Perbadanan Putrajaya, Malaysia. Wawa sangat bangga sebab Team Perempuan Perbadanan Putrajaya satu2nya team Malaysia yang dihantar. Team lelaki Malaysia dah ada 2. Satu Team Perbadanan Putrajaya n satu lagi Team Kelab Tasik Putrajaya.

Sera sedikit tentang Padang ni ialah, makanan kat sini lebih kurang je macam kat Malaysia. Ada gado-gado, masak lomak cili padi, sambal goreng and macam2 lagi la. Kebanyakan orang Padang ni dari suku kaum Minangkabau. Info yang Wawa dapat, kat Padang ni ada lebih kurang 96 suku berbanding Negeri Sembilan yang hanya ada kurang dari 12 suku. So, masakan Padang boleh dikatakan sama dengan masakan Negeri Sembilan. Masak lomak cili padi. Hehehe...Tapi orang kat sini memang kuat makan pedas. Semua masakan dia letak cili padi. Pergh. memang terbakar mulut and perut bagi sesiapa yang tak tahan makan pedas. Perempuan2 di Padang pun cantik2. Halus je kulit dia.

Em...tak larat la nak taip panjang-panjang. So, enjoy je gambar-gambar kat bawah ni k. Ops...sebelum tu Wawa nak bagi tau...gambar2 kat bawah ni hanya untuk hari 1st masa kat sana. Hari kedua dan ketiga akan Wawa upload kemudian k.



Tag yang mesti dipakai sepanjang hari pertandingan. (tapi tak pakai sangat pun. Rimas. Lagipun kitorang sentisa turun ke air)

Pukul 5.30am kat LCCT. Semua orang kena berkumpul awal pagi sebab group besar dan ramai. So takut tak sempat nak manage beg je nanti.

Ha...ni Wawa and team pompuan. Masa ni kitorang tengah tunggu manager and leader uruskan tiket. So, ape lagi...posing time!!!. Budak2 perahu ni memang pantang nampak kamera. asal ada yang sua, mesti berebut nak posing. Hahahaha...


Ni plak team lelaki. Same jugak pe-elnya cam budak pompuan.

Ha...ni baru sampai airport Padang. Tengah tunggu budak2 len isi borang kesihatan jap. Yela...kan sekarang ni tengah ada kes Influenza H1N1. Takut gak. Sebab tu suma pakai topeng. Takut kene infection. hehehe.

Ha...masa ni memang gempak. Turun2 je dari flight, banyak press ngah tunggu kat luar. Aritu just ada 2 team je yang datang ari Isnin. Team Malaysia ngan Team Macau. Team len dah datang awal. Wawa ingatkan ada artis or orang kenamaan mana yang datang. Upenya, diorang tunggu Team Malaysia. Hahahah. Very proud or my country.

Ha...ni lagi gempak. ada escort yang follow bas kitorang nak pegi hotel. Siap pasang siren lagi. memang best! Heheheh

Sepanjang jalan dari airport nak ke hotel, banyak poster, billboard and iklan tentang game ni.

Liaison Officer (LO) yang baju putih kat tepi Wawa tu bawak kitorang jenjalan jap kat tepi pantai. Wawa pun tak tau ape yang menarik kat situ. Tapi...bantai je la. Sume pakat amik gambar je la.

Ha, ni la LO kitorang. Rani namanya (Islam tau). Rajin sembahyang budak ni walaypun pakaian dia begitu. Alhamdulillah.

Kitorang dah sampai kat hotel. Hotel yang kitorang stay nama dia Pangeran Beach Resort. Belakang hotel ada laut yang cantik. Makanan kat hotel ni pun sedap tau...heheheh

Lepas berehat2 and simpan beg, dalam pukul 11.00am waktu Indonesia (kat Malaysia kul 12.00pm) kitorang pegi ke tempat pertandingan untuk tengok khemah and lane pertandingan.

Ni team dari Indonesia. Tu semua paddle diorang. simple je. Buat dari kayu biasa. tapi kederat diorang...masyallah. Lagi kuat dari kita. Termasuk la kaum pompuan dia.

Ni plak khemah peserta-peserta Indonesia. Khemah untuk team luar negara kat tempat lain. Special skit. Biasala. Kemana-mana pun gitu...kat Malaysia sendiri pun wat camtu jugak.

Poster yang paling besar sekali. Rasa nak curik bawak balik je. Heheheh. Tapi takleh...doseeee..

Ni tengah takdo koje. Bosan. So amik la gambar camni...bawak ketiak orang. Hahahaha

Ni la lane yang akan kitorang guna. Tempat ni lebih kurang cam terusan sungai la gitu.

Ni plak team dari Macau. Diorang tengah nak turun untuk test lane tu. team kitoang akan turun test lane pukul 1300 waktu Indonesia.

Ni plak sponsor untuk game Lomba Perahu Internasional tu.

Coach ngah pening kepala nak memahamkan aturcara game sebab management tuk game tu tak berapa bagus. Pening kepala nak memahamkan schedule. Huhuhu.

Ha...kat sini ramai penjaja kacang, air kotak and macam2 lagi. Suma jinjing atas kepala je. Yang kaum wanita pun camtu jugak. Kita yang tgk ni cam berat je...sedih je tgk. Tapi bagi diorang, benda ni biasa. Nak mencari rejeki kene la kerja kuat. Kan kan kan.

Masa nak amik gambar dengan anggota beruniform ni (wawa pun tak tau bomba ke askar ke), Wawa dengan beraninya panggil brother yang kat sebelah wawa tu nak amik gambar sekali. Cheh...pastu...terus semua budak2 berebut2 nak amik gambar sesama. Tu yang jadi ramai ni.

Ini memang aksi yang...tak tau nk kata ape dah. Hahaaha...budak berdua ni memang mereng berani yang teramat. hehehe

Wa tak tau ape nama benda ni. Tapi untuk pembukaan la. Sebenrnya ada banyak. Sederet jalan tersusun je bunga ni. Tapi tak dapat nak amik sebab panjang sangat.

Ha...ni la team Malaysia yang satu lagi. team Kelab Tasik Putrajaya

Ni pun team yang sama.

Cantik kan susunan dia. Berselang seli.

Semua ni team luar negara.

Untuk acara pembukaan.




Gadis Minangkabau.


Yang ni pulak masa malam perasmian pembukaan. Mamat ni nama dia Shamsul. Dari team Wawa. Ntah hape yang masuk dalam otak dia...tetiba dia leh pulak nak menari ngan Rani and budak Macau tu. Shamsul ni pemalu sebenarnya. Hahahaha...kalau nak tau camne dia menari...tgk cite Do, Re, Mi.



Suka tengok tarian diorang. Cantik sangat.




Masa ni bagi pulut kuning kalau tak salah Wawa.

Yang baju biru tu pengurus pasukan kitorang. Tengah terima cenderamata dari Datuk Bandar Padang.

Sian kawan Wawa yang sorang ni. Dah penat sangat sampai tertido kat bahu orang sebelah. Masa ni dah pukul 2200 mlm waktu Indonesia.

Muka semua dah tak larat. Huhuhu

Ni la cenderamata yang kitorang dapat.

Orite...so...nanti Wawa akan sambung untuk episod seterusnya k. Tungguuuuu...

2 comments:

hang nadim

salam Syoknyerr dapat pergi Padang..Orang sana Cakap Minang rasanyerrr..makanan mesti best kat sana...

Azzuawawa

Hang Nadim :

Aaah. Orang sana memang cakap Minang. Tapi lagi pekat dari yang kat N9. Hehehe. Makanan dia memang best. Wawa siap belaja buat sambal diorang lagi. Ari tu dah try buat kat umah. Alhamdulillah jadi. Hehehehe...sangat sukeeee..