CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 2, 2009

SEPI SEKEPING HATI...

Kadang kala hidup ini terlalu sukar untuk dilalui...
Terasa perit dan sakit untuk mengharunginya...
Kehidupan...yang tidak memberi kegembiraan, kebahagiaan dan warna-warna keceriaan...

Cerita hidupku sungguh membosankan...
Bersyukurlah pada insan yang sentiasa menemui kebahagiaan...
Bersyukurlah pada insan yang punyai insan yang bernama kekasih untuk disayangi...

Tapi bagiku,
Semua itu hanya cerita dongeng,
Yang kadang kala menjadi rekaan dalam fantasiku...

Bersyukurlah pada insan yang sentiasa disayangi insan lain...
Yang sentiasa mendapat perhatian dari kekasih yang benar-benar menyayangi dirinya...

Tapi bagiku,
Hanya aku yang sentiasa memberi kasih sayang ku kepada insan yang aku sayang...
Mengambil berat akan hidupnya...
Sentiasa memikirkannya...
Sentiasa bimbang akan kesihatannya...

Walhal,
Aku tahu...
Tiada sekelumit rasa cinta dihatinya terhadapku...
Tidak pernah dia memberi perhatian terhadap diriku...
Tidak pernah dia memikirkan aku...
Tidak pernah dia bimbang tentang keadaan diriku...

Aku lelah melalui semua ini..
Bosan untuk menunggu hatinya terbuka untuk menerimaku...
Penat untuk memberi kasih sayangku kepada insan yang tidak menghargai...
Penat memikirkan tentang dirinya...
Penat untuk merasa bimbang akan kesihatannya...

Tapi...
Inilah diriku...
Tidak pernah berdendam...
Walaupun marah,
Tidak pernah mengharap...
Walaupun menginginkan,
Sentiasa berserah...
Walaupun sedih,
Sentiasa berdoa...
Walaupun tidak tahu bila akhirnya.

Semoga Tuhan menemukan aku dengan insan yang benar-benar menyayangiku...
Memikirkan ku...
Mencintaiku...
Bimbang tentang diriku...

Kesepian ini akan terus berada bersamaku...
Sehingga sampainya waktu,
Aku bertemu dengan INSAN ITU.
Semoga Tuhan memakbulkan doaku...

Jangan mengharap pada sesuatu yang tak pasti...

1 comments:

This is Mine

satu je yg ak nk bitau kat ko:

"ak jadi makin menyampah kat dia"

sumpah ak nyampah..

tapi kalau ak nyampah pon, ko syg gak...

ak x tau nk ckp pape dh kt ko...

ak cuma harap ko jumpe insan yang terbaik untuk ko~

xyh nk sedey2 kt sesuatu yang tidak mendatangkan sebarang kebaikan...