CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 3, 2009

Rasa Hati...


Aku terlalu rindu pada dia...
Sehingga kini perasaan itu tidak pernah padam dan pudar dari hatiku.
Setiap saat dan detik, dia sentiasa dalam ingatanku.
Walau kemana aku pergi, bayanganya selalu hadir dalam hidupku.
Mengapa sekejap benar hubunganku dengan dia.
Masih adakah lagi perasaan sayang di hatinya dahulu terhadapku.


Ya Allah...
Aku memohon kepadamu Ya Allah...
Kembalikanlah kasih yang pernah hadir dalam hidupku
Kembalikanlah insan yang pernah membuatkan ku bahagia suatu waktu dahulu.

Pertemuan ku bersama dengan dia memang sesuatu yang tidak diduga. Pertemuan di kala hujan rintik-rintik...

Salam perkenalan diucapkan

Akhirnya berlanjutan sehingga hatiku dimiliki.
Terlalu lama dia cuba untuk mendapatkan hatiku...tetapi hatiku belum terbuka untuk sesiapa.
Dia tidak pernah berputus asa.
Akhirnya perkenalan sebagai sahabat bertukar kepada kasih.
Tidak pernah aku merasakan sayang yang sebegitu dalam terhadap ku.
Aku dilayan seperti hanya aku seorang permaisuri dihatinya.
Tidak pernah dia meninggalkan aku walau sehari.
Dia memberiku semangat untuk terus berusaha dalam pelajaranku.
Kata-kata semangat selalu diberikan kepadaku...
Cintanya ku sambut dengan kasih sayang yang tulus dari hati ku.
Dialah lelaki pertama dan cinta pertama dalam hidupku...

Kehilanganya meninggalkan kesan dalam hidup dan hatiku.
Terasa gelap dan kosong hidupku tanpa dia.
Selama ini kemana ku pergi dia akan menemani...tidak pernah dia meninggalkan aku.

Begitu juga denganku...
Setiap masa bersamanya adalah satu kebahagian buatku.
Dorongan dan sokongan banyak diberikan kepadaku.
Begitu juga dengan aku.

Tapi kini,
Kasih itu telah hilang...
Pergi membawa segala kenangan terindah yang tidak akan pernah aku lupakan.

Kasih,
Engkau pergi setelah aku benar-benar menyayangi dan memerlukan.

Aku cuba untuk membuka pintu hatiku kepada orang lain...
Tetapi masih belum bertemu.
Aku rindukannya...
Aku sentiasa berdoa agar suatu masa nanti dipertemukan semula jodoh buatku dengan dia.

Dia bukan seorang yang hebat,
Tetapi dia seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab.
Dimataku, dia terlalu hebat walaupun mempunyai kekurangan.


Ya Allah,
Aku memohon kepada-Mu Ya Allah...
Pertemukan kembali hati kami berdua...
Satukanlah kembali cinta kami...
Tetapi...
Sekiranya hati dia telah dimiliki, dan dia terlalu menyayangi insan itu...
Berilah kebahagian kepada dia dan kekasihnya...
Aku redha dan merestui segalanya...
Dan semoga kebahagian sentiasa berada bersama dengannya.

DENGARLAH KEKASIH

Setulus hati, yang tak pernah berhenti
Mengingati dirimu...wahai kekasih
Tak bisakah kau dengari
Kata-kata hati ini
Sedangkan kau selalu di sisi
Walaupun seketika...
Kau hadir dalam hari ku
Tak akan ku melupakan mu
Berat hati, lupakan mu tuk sedetik
Hingga ku melewati waktu
Dengarlah kekasih
Suara hatiku yang berbicara
Rasa cinta untuk mu
Risalah hatiku
Yang selalu memikirkan dirimu
Wahai pujangga hati
Walau bedanya kita
Walau jaraknya kita
Takkan ku peduli...

3 comments:

Haula Hati

ko g layan perasaan ko wt pe??

makin sedey nnti..

ak tau sgt dh perangai ko tue..

nie ak dh link ko...

rajin2kan diri jenguk ke blog ak...

SembilanPuluh

u write very well..

Azzuawawa

This is Mine :

Chis...ko mmg tak patut ar farah.

I memang suka layan perasaan.

So, tugas ko la kene gumbirakan ati kaklong.hehehe

Pape pun...thank u to you sbb banyak bagi support kat kaklong.

Love you la farah..huhuh


S90 :

Thank you for your compliment.

Tulisan tu sume luahan ati.

So maybe ada certain ayat cam tak betul je. hehehe